Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 mayat ditemui di pantai Vietnam; seminggu selepas bot Kemboja karam

Anggaran Waktu Membaca:
7 mayat ditemui di pantai Vietnam; seminggu selepas bot Kemboja karam

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 30 Sep 2022 02:30PM Dikemas Kini : 30 Sep 2022 02:32PM
HANOI: Tujuh mayat ditemui terdampar di pantai selatan Vietnam, dedah pihak berkuasa pada Jumaat (30 Sep),seminggu selepas bot yang membawa lebih 40 orang karam berhampiran bandar tepi pantai Sihanoukville.

Mayat-mayat tersebut dijumpai di pantai pulau Phu Quoc, yang merentasi kawasan sempadan yang memisahkan kedua-dua negara tersebut, menurut Kementerian Keselamatan Awam Vietnam dalam kenyataan medianya.

Dua mayat tersebut ditemui dengan dokumen pengenalan diri dari China dalam saku mayat-mayat itu.

Menurut pihak berkuasa Kemboja, bot berkenaan karam pada awal Khamis minggu lalu, dengan 30 mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Kemboja dan Vietnam.

"Mayat-mayat yang ditemui disyaki ada kaitan dengan bot yang karam itu," menurut kementerian tersebut.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Chengui Sheng, 27 tahun, dari wilayah Fujian, China memberitahu pihak berkuasa Kemboja minggu lalu bahawa bot tersebut membawa seramai 41 orang.

Khieu Sopheak, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Kemboja, mendedahkan bahawa pihak berkuasa sudah membuka kertas siasatan terhadap apa yang disifatkan sebagai kes pemerdagangan manusia menyusuli nahas tersebut, di mana enam orang sudahpun diberkas.

Para pegawai bagaimanapun tidak menyatakan mengapa pihak berkuasa percaya orang-orang yang menaiki bot tersebut cuba dibawa masuk ke negara lain secara haram.
 
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan