Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 maut tertimbus tanah runtuh di El Salvador

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut tertimbus tanah runtuh di El Salvador

Gambar: AFP/Marvin Recinos

Diterbitkan : 23 Sep 2022 05:46PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 05:46PM
SAN SALVADOR: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di El Salvador pada Khamis (22 Sep), menurut Direktorat Perlindungan Awam negara itu.

Pengarah Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan, Luis Alonso Amaya, berkata dua terbunuh di perbandaran Panchimalco, San Salvador, manakala lima sekeluarga iaitu tiga kanak-kanak dan dua dewasa terkorban di perbandaran Huizucar, La Libertad.

Dalam kedua-dua kes tersebut, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh yang menimbus rumah mereka.

Encik Amaya menggesa orang ramai mematuhi arahan berpindah yang dikeluarkan Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan, lapor Xinhua.

Negara Amerika Tengah itu mencatat 160 kejadian tanah runtuh dari 1 hingga 21 Sep.

Hujan lebat pada awal Khamis menyebabkan kejadian tanah runtuh di Panchimalco dan Huizucar, dikaitkan dengan gelombang tropika yang melanda wilayah itu.
Sumber : AFP/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa