Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 maut, puluhan cedera dalam letupan di ibu kota Bangladesh

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu letupan di Dhaka, ibu negara Bangladesh, pada Ahad (27 Jun), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut, puluhan cedera dalam letupan di ibu kota Bangladesh

Anggota penyelamat mencari mangsa susuli letupan di sebuah bangunan di Dhaka, Bangladesh, pada 27 Jun 2021. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Jun 2021 12:51PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 12:59PM

DHAKA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu letupan di Dhaka, ibu negara Bangladesh, pada Ahad (27 Jun), menurut polis.

Punca letupan, yang berlaku di tingkat bawah bangunan tiga tingkat yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di kawasan Moghbazar, tidak segera diketahui

Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka Shafiqul Islam memberitahu pihak media bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang meninggal dunia. Mereka yang cedera dibawa ke hospital.

Tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas rosak teruk dalam letupan itu, tambahnya.

Pihak bomba sedang bekerjasama dengan unit pemusnah bom polis dan unit anti-pengganas untuk menyiasat punca sebenar letupan itu.

Siasatan awal mendapati tiada bukti menunjukkan kejadian berpunca daripada perbuatan khianat.

Rakaman televisyen menunjukkan tiang-tiang yang musnah, serta serpihan kaca dan konkrit bertaburan di sana sini.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan