7 maut feri terbakar di Indonesia
Tujuh orang maut, termasuk dua kanak-kanak manakala empat lagi hilang selepas feri membawa puluhan penumpang terbakar dekat perairan pulau Sulawesi awal hari ini (17 Ogos), kata polis.
Seorang pegawai polis memeriksa bangkai feri yang terbakar (Gambar: AFP/Polis Kendari)
KENDARI, Indonesia: Tujuh orang maut, termasuk dua kanak-kanak manakala empat lagi hilang selepas feri membawa puluhan penumpang terbakar dekat perairan pulau Sulawesi awal hari ini (17 Ogos), kata polis.
Feri itu, dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara ke sebuah pulau di Sulawesi Tengah terbakar sejurus selepas tengah malam.
“Tiba-tiba ada percikan api dalam enjin dan api merebak dengan cepat ke bahagian lain bot,” kata jurucakap polis tempatan, Harry Goldenhard dalam satu kenyataan.
Polis mengesyaki kebakaran dicetuskan apabila tangki diesel meletup. Tidak jelas berapa ramai penumpang berada dalam bot berkenaan ketika itu.
Jumlah penumpang disenaraikan sebanyak 50 orang namun anggota penyelamat dan penduduk tempatan menemukan 61 yang terselamat sementara tujuh orang termasuk dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun terbunuh.
Satu gerakan pencarian dilancarkan untuk mencari empat penumpang yang dilaporkan hilang.
Pengendali feri di Indonesia kerap dipersalahkan kerana membawa penumpang melebihi muatan. Lebih 160 maut apabila sebuah feri penumpang karam di tasik paling dalam dunia di pulau Sumatera tahun lalu.
Pada 2009, lebih 300 prang dianggarkan mati lemas apabila sebuah feri karam antara pulau Sulawesi dan Borneo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.