Skip to main content

Dunia

7 maut dalam tanah runtuh di Sumatera

Tujuh orang maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan mencurah-curah di kepulauan Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa hari ini (1 Okt), sambil memberi amaran bahawa hujan yang berlarutan boleh menyebabkan lagi kejadian tanah runtuh.

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut dalam tanah runtuh di Sumatera

(Gambar: AFP/Agihan BNPB)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 07:48PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 07:52PM

PADANG: Tujuh orang maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan mencurah-curah di kepulauan Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa hari ini (1 Okt), sambil memberi amaran bahawa hujan yang berlarutan boleh menyebabkan lagi kejadian tanah runtuh.

Sehari selepas tanah runtuh menimbus dua rumah bersebelahan di daerah Padang Pariaman pada Rabu (29 Sep), tujuh mayat ditarik keluar daripada lumpur, sementara seorang lagi berjaya diselamatkan namun mengalami tulang patah.

"Semua mangsa sudah dijumpai setelah kami dapat menggunakan jentera berat pada petang semalam," kata Rumainur, seorang pegawai agensi mitigasi bencana tempatan, kepada AFP hari ini.

Pihak berkuasa juga memberi amaran agar penduduk kekal berwaspada kerana hujan lebat dijangka berterusan di kawasan itu hingga esok (2 Okt).

"Tolong berhati-hati terhadap pergerakan tanah yang dicetuskan oleh hujan lebat," kata jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih 300 rumah dan 80 hektar sawah padi di Padang Pariaman musnah.

Angin kencang turut merosakkan rumah-rumah, kiosk dan kenderaan selain menumbangkan pokok-pokok.

Satu orang meninggal dunia dan empat lagi cedera apabila sebatang pohon menghempap mereka ketika mereka menziarahi kubur pada Rabu.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan darurat selama 14 hari dan membuka dapur umum.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita