Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 maut dalam serangan Armenia ke atas orang awam, tuduh Azerbaijan

Beberapa letupan didalangi tentera Armenia menggegarkan ibu kota wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan pada Ahad (11 Okt) sungguhpun satu gencatan senjata telah dipersetujui antara Armenia dengan Azerbaijian.

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut dalam serangan Armenia ke atas orang awam, tuduh Azerbaijan

Sebuah rumah rosak dibedil pada 10 Okt 2020 di wilayah dipertikai antara Azerbaijan dengan Armenia (Gambar: AP/Aziz Karimov)

Diterbitkan : 11 Oct 2020 08:05PM Dikemas Kini : 11 Oct 2020 08:12PM

BAKU: Beberapa letupan didalangi tentera Armenia menggegarkan ibu kota wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan pada Ahad (11 Okt) sungguhpun satu gencatan senjata telah dipersetujui antara Armenia dengan Azerbaijian.

Gencatan senjata itu dicapai selepas perbincangan di Mosko yang disokong Presiden Rusia Vladimir Putin.

Namun selang beberapa minit gencatan senjata itu berkuat kuasa, kedua-dua pihak menuduh satu sama lain melanggarnya.

Kementerian luar Azerbaijan melaporkan tujuh maut dan 33 cedera dalam serangan yang menurutnya dilancarkan pasukan Armenia.

Bagaimanapun kementerian pertahanan di wilayah dipertikaikan itu pula menyatakan pasukan Armenia menghormati genjatan senjata, dan sebaliknya menuduh Azerbaijan melancarkan bedilan.

Gencatan senjata atas asas kemanusiaan itu bertujuan membolehkan pertukaran banduan dan tuntutan mayat mangsa yang terkorban di wilayah bergolak, Nagorno-Karabakh.

Ia pada awalnya dapat membendung serangan senjata, namun letupan-letupan baru dilepaskan kurang 12 jam selepas itu.

Rundingan di Mosko merupakan langkah diplomatik yang pertama bagi kedua-dua negara itu sejak pertempuran tercetus hujung bulan lalu membunuh ratusan orang.  

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan