Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 maut dalam keganasan undang-undang baru kerakyatan India

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lagi 90 cedera dalam keganasan berkaitan undang-undang baru kerakyatan India, di ibu kota New Delhi.

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut dalam keganasan undang-undang baru kerakyatan India

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 05:07PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 05:10PM

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lagi 90 cedera dalam keganasan berkaitan undang-undang baru kerakyatan India, di ibu kota New Delhi.

Mereka yang terbunuh termasuk seorang pegawai polis.

Pertempuran itu berlaku antara dua kumpulan penunjuk perasaan yang menentang dan menyokong undang-undang tersebut.

Pihak polis menggunakan gas pemedih mata dan asap untuk menamatkan keganasan tetapi gagal mengawal para penunjuk perasaan yang turut membakar harta benda awam.

Undang-undang kerakyatan baru India memberikan kerakyatan kepada sebahagian warga asing dari beberapa negara jirannya, kecuali yang beragama Islam.

Sejak diluluskan pada Disember tahun lalu, ia mencetuskan bantahan yang berterusan di merata India. 

Sumber : Reuters/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan