Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 maut dalam kebakaran di tapak warisan seni bina di Mosko

Satu kebakaran di pusat ibu kota Mosko meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa, lapor agensi berita TASS menukil sumber-sumber dari jawatankuasa siasatan Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Feb 2019 03:44PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 12:21AM

MOSKO: Satu kebakaran di pusat ibu kota Mosko meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa, lapor agensi berita TASS menukil sumber-sumber dari jawatankuasa siasatan Rusia.

Kebakaran berlaku pada sekitar jam 1.00 pagi waktu tempatan di tingkat lima bangunan, yang juga merupakan sebuah apartmen, menurut kementerian kecemasan Rusia. Bangunan yang dibangunkan pada 1913 itu disytiharkan sebagai satu warisan seni bina Rusia.

Beberapa tokoh seni tinggal dalam bangunan itu, termasuk seorang pelakon Lithuania, Ingeborga Dapkunaite.

Jawatankuasa siasatan Rusia sudah mula menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut yang dipercayai akibat tindakan cuai.  

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan