Skip to main content

Dunia

7 maut, 90 cedera akibat serangan peluru berpandu di Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
7 maut, 90 cedera akibat serangan peluru berpandu di Ukraine

(Gambar: Anatolii STEPANOV / AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2023 11:52PM
KYIV: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 90 lagi cedera pada Sabtu (19 Ogos) apabila serangan peluru berpandu dibuat ke atas bandar Chernihiv di utara Ukraine, lapor Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri negara itu.

Sepuluh pegawai polis dan 12 kanak-kanak antara yang cedera dalam serangan itu, menurut kementerian itu dalam siaran di Telegram.

Menurut kenyataan di laman sesawang kementerian, peluru berpandu itu terkena tepat pada sebuah teater di tengah bandar itu.

Agensi berita UNIAN Ukraine melaporkan bahawa teater itu menganjurkan pameran dron ketika serangan berlaku.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita