Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 lagi mayat ditemui dalam kejadian bot karam di Phuket

Angkatan tentera laut Thailand menemui tujuh mayat di perairan berhampiran Phuket selepas sebuah bot pelancong Phoenix yang membawa berpuluh-puluh penumpang dari China karam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2018 04:00PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 09:46PM

PHUKET: Angkatan tentera laut Thailand menemui tujuh mayat di perairan berhampiran Phuket selepas sebuah bot pelancong Phoenix yang membawa berpuluh-puluh penumpang dari China karam.

Demikian menurut seorang jurucakap bagi wilayah Phuket yang mengesahkan bahawa pegawai tentera laut Thailand menjumpai tujuh mayat pagi tadi (6 Jul), menjadikan angka kematian sebanyak lapan sejauh ini.

Dalam pada itu, pencarian bagi berpuluh-puluh pelancong China yang hilang diteruskan. Gabenor Phuket memberitahu pihak media bahawa para penyelam akan memeriksa bot yang tenggelam di perairan Phuket, Thailand itu.

Bot Phoenix mengalami masalah pada malam semalam apabila ia dipukul ombak setinggi lima meter akibat ribut yang melanda.

Bot itu yang meninggalkan Koh Racha untuk belayar kembali ke Phuket membawa seramai 105 penumpang dengan ramai yang terdiri daripada pelancong China.

Mayat yang dipercayai seorang pelancong China dijumpai lewat semalam (5 Jul) dan dibawa ke pantai sejurus sebelum misi pencarian dan menyelamat dihentikan buat semalaman.

Helikopter, polis dan bot memancing dikerahkan awal hari ini sedang misi menyelamat disambung semula.

Phoenix adalah di antara beberapa bot yang dipercayai tidak mematuhi amaran cuaca buruk sejak Rabu (4 Jul) bagi membawa para pelancong untuk lawatan sehari ke gugusan pulau berdekatan Phuket.

Sumber : AFP/HS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan