7 kes hantavirus disahkan atau disyaki di atas kapal pesiaran mewah
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal pesiaran mewah Hondius berada di perairan luar pantai Afrika Barat pada 4 Mei 2026. (Gambar: REUTERS TV melalui REUTERS)
CAPE VERDE: Dua kes hantavirus yang membawa maut sudah disahkan, manakala lagi lima kes disyaki dalam kalangan penumpang sebuah kapal pesiaran mewah yang kini ditahan di Lautan Atlantik berhampiran Cape Verde.
Demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini terperincinya mengenai wabak tersebut.
Sekitar 150 orang masih terkandas di atas kapal Hondius, yang membawa kebanyakan penumpang dari Britain, Amerika Syarikat dan Sepanyol dalam pelayaran yang bermula dari Argentina pada Mac dan kini berada di perairan luar pantai Afrika Barat.
Tujuh kes itu terdiri daripada tiga kematian, seorang yang dalam keadaan kritikal dan tiga lagi dengan gejala ringan, menurut WHO dalam kenyataannya pada lewat Isnin (4 Mei).
Tiga mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan warga Belanda dan seorang warga Jerman, manakala seorang warga Britain sudah dipindahkan dari kapal di Ascension dan sedang dirawat di Afrika Selatan, menurut beberapa pegawai.
RISIKO TERHADAP ORANG AWAM RENDAH: WHO
“Suasana di atas MV Hondius kekal tenang, dengan para penumpang secara umumnya berada dalam keadaan terkawal,” kata pengendali kapal, Oceanwide Expeditions, dalam kenyataannya pada lewat Isnin.
Ia menyatakan pihaknya sedang berusaha menjalankan saringan ke atas para penumpang dan menurunkan mereka, serta mempertimbangkan untuk belayar ke Las Palmas atau Tenerife di Sepanyol.
Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengulangi nasihat bahawa risiko kepada orang awam adalah rendah bagi penyakit yang lazimnya merebak melalui tikus yang dijangkiti dan jarang menular dalam kalangan manusia.
Cape Verde, iaitu sebuah negara kepulauan di luar pantai Afrika Barat, sudah meminta kapal tersebut untuk terus berada di laut sebagai langkah berjaga-jaga.
Penumpang pertama yang terjejas, seorang lelaki Belanda, meninggal dunia pada 11 April ketika kapal sedang menuju ke Tristan da Cunha.
Mayatnya kekal di atas kapal sehingga 24 April sebelum diturunkan di St Helena, dengan isterinya mengiringi proses penghantaran pulang, menurut Oceanwide Expeditions.
Tiga hari kemudian, isterinya turut jatuh sakit dan meninggal dunia, manakala seorang lagi penumpang warga Britain menjadi “sakit tenat dan dipindahkan ke Afrika Selatan", kata syarikat itu.
Pihak berkuasa Afrika Selatan mengesahkan pesakit Britain itu, yang sedang dirawat di hospital di Johannesburg, positif hantavirus. Belanda juga sudah mengesahkan virus tersebut pada wanita Belanda yang meninggal dunia itu.
Data daripada penyedia analitik maritim MarineTraffic menunjukkan kapal itu melawat beberapa lokasi paling terpencil di dunia, termasuk Tristan da Cunha, sebuah pulau di selatan Atlantik antara Argentina dengan Afrika Selatan.
Kapal Hondius berlepas dari Ushuaia di selatan Argentina pada Mac, menurut dokumen syarikat, dalam pelayaran yang dipasarkan sebagai ekspedisi alam semula jadi Antartika, dengan harga tempat tidur antara 14,000 hingga 22,000 euro (S$20,890 hingga S$32,830).

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.