Skip to main content

Dunia

7 kakitangan PBB ditahan Houthi di Yaman

Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (24 Jan) menyatakan bahawa kumpulan Houthi yang mengawal utara Yaman menahan tujuh kakitangannya, dan menggantung pergerakan kakitangan PBB di kawasan dikawal Houthi.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengecam tindakan tersebut dan menuntut supaya tahanan dibebaskan segera.

Sebelum itu, PBB menyatakan penahanan berlaku di kawasan terletak di ibu kota Sanaa.

Semua pergerakan kakitangan PBB ke dalam atau di kawasan dikuasai Houthi digantung untuk melindungi keselamatan kakitangan.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan terus berusaha untuk memastikan keselamatan dan membebaskan mereka yang ditahan secara tidak sah melalui semua saluran yang ada," kata Encik Guterres dalam satu kenyataan.

Kumpulan Houthi, sekutu Iran, menyerang kapal di Laut Merah yang mencetuskan serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Britain.

PBB juga mengadu bahawa kumpulan tersebut menahan 11 kakitangannya Jun lalu.

"Sasaran yang berterusan terhadap kakitangan PBB dan rakannnya memberi kesan negatif terhadap keupayaan kami untuk membantu jutaan orang yang memerlukan di Yaman," kata Encik Guterres.

Kumpulan itu juga menahan kira-kira 20 kakitangan kedutaan Amerika warga Yaman di Sanaa sejak tiga tahu lalu. Kedutaan tersebut menggantung operasinya sedekad lalu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita