7 individu diselamatkan beberapa hari selepas kapal tenggelam di Kepulauan Indonesia
Pasukan penyelamat menemukan tujuh individu yang terselamat selepas sebuah kapal penumpang tenggelam beberapa hari lalu di perairan Kepulauan Selayar, Indonesia, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan pada Ahad (19 Jul).
Pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi untuk mencari mangsa sebuah kapal penumpang yang tenggelam di perairan Kepulauan Selayar, Indonesia. (Gambar: Facebook/Bukamata)
Kapal penumpang kayu itu karam pada Rabu di perairan barat Pulau Polassi.
Seramai 18 lagi individu masih hilang, menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS). Kapal itu membawa 78 penumpang.
Pada Sabtu, lima mangsa terselamat diselamatkan oleh sebuah bot nelayan, menurut portal berita tempatan BukamataNews.
Pada Ahad, pasukan mencari dan menyelamat menemukan dua lagi mangsa terselamat, iaitu seorang lelaki dan ibunya, di perairan berhampiran Pulau Sanipa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.