Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 Exco Melaka dilantik semula; 3 muka baru termasuk ADUN PH

Anggaran Waktu Membaca:
AYER KEROH: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik semula menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baru dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Pembentukan itu terdiri daripada sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dengan dua muka baru serta seorang ADUN Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani.

Wakil tunggal daripada blok PH ialah ADUN Kesidang, Seah Shoo Shin yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Manakala, dua muka baru daripada BN adalah ADUN Ayer Limau, Hameed Mytheen Kunju Basheer dan ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan masing-masing dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan serta Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Rustam yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh.

Astro AWANI melaporkan, Encik Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat lalu dan akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

Istiadat itu didahului oleh ADUN Paya Rumput, Rais Yasin yang memegang portfolio Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Enam yang lain adalah ADUN Telok Mas, Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan serta Adun Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan).

Tidak ketinggalan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan menggantikan portfolio Dr Muhamad Akmal sebelum ini serta ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.

Dua ADUN lain iaitu ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin serta ADUN Gadek, VP Shanmugam mengekalkan portfolio sama sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.

Manakala dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis serta ADUN Serkam, Zaidi Attan tidak dilantik semula menyertai barisan Exco.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan