Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 disahkan terkorban akibat gempa bumi di Jawa Timur

Kejadian gempa bumi kuat di Jawa Timur selatan pada Sabtu (10 Apr) disahkan meragut tujuh nyawa setakat pagi Ahad (11 Apr), selain menyaksikan lebih 800 kediaman dan bangunan runtuh serta rosak teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
7 disahkan terkorban akibat gempa bumi di Jawa Timur

Keadaan siling runtuh di sebuah wad hospital Ngudi Waluyo di Blitar, Jawa Timur pada Sabtu (10 Apr). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Apr 2021 02:48PM Dikemas Kini : 11 Apr 2021 02:49PM

JAKARTA: Kejadian gempa bumi kuat di Jawa Timur selatan pada Sabtu (10 Apr) disahkan meragut tujuh nyawa setakat pagi Ahad (11 Apr), selain menyaksikan lebih 800 kediaman dan bangunan runtuh serta rosak teruk.

Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Raditya Jati, tiga kematian dilaporkan di Kabupaten Malang sementara empat di Kabupaten Lumajang.

Hingga kini, BNPB masih mengumpul statistik di 17 kabupaten dan kota di Jawa Timur yang mengalami gegaran sekuat 6.7 pada skala Richter pada kira-kira pukul 2 petang semalam, berpusat di 90 kilometer barat daya Kabupaten Malang. 

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia turut mencatatkan beberapa gempa susulan bermagnitud rendah masih berlaku di wilayah berkenaan dan terbaru sekuat 5.5 pada skala Richter pada pukul 6.54 pagi tadi.

Kejadian gegaran semalam itu turut dirasakan di hampir seluruh wilayah Jawa Timur termasuk beberapa kawasan di Jawa Tengah serta Pulau Bali dan Lombok.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan