7 dicekup kerana tidak puasa, berkhalwat
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata operasi penangkapan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu (23 Mei).
Gambar hiasan.
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini menangkap tujuh individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam pada bulan Ramadan dan tujuh individu lagi kerana disyaki berkhalwat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata operasi penangkapan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu (23 Mei).
“Tangkapan untuk yang tidak berpuasa dilakukan di restoran, pusat snooker dan gerai makan di sekitar Meru, Klang dan Shah Alam sementara tangkapan khalwat dilakukan di hotel dan rumah tumpangan di sekitar Lembah Klang.
“Semua tangkapan dibuat hasil aduan orang ramai dan kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan terhadap kesemua individu terbabit yang berusia lingkungan 27 ke 30-an,” katanya ketika ditemui wartawan semalam (24 Mei).
Menurut Encik Mahdi, penangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa dibuat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 (S$337) atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Penangkapan bagi kesalahan khalwat,katanya dibuat mengikut Seksyen 29 enakmen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 (S$1000) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.