69 maut selepas gempa 6.9 magnitud landa Filipina
Sekurang-kurangnya 20 orang disahkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda perairan utara pulau Cebu pada Selasa malam (30 Sep), menurut pihak berkuasa tempatan.
Orang ramai berkumpul di tepi jalan di Cebu selepas meninggalkan bangunan masing-masing menyusuli gempa kuat di tengah Filipina pada 30 Sep 2025. (Gambar: AP/Jacqueline Hernandez)
Gempa yang berlaku sekitar pukul 9.59 malam waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan besar kepada bangunan, jalan raya, dan bekalan elektrik di beberapa kawasan tengah Filipina, menukil laporan Astro Awani.
Pusat gempa terletak berhampiran bandar pesisir Bogo, yang mempunyai lebih 90,000 penduduk.
Polis di San Remigio, sebuah daerah yang paling terjejas, melaporkan empat mayat ditemui di sebuah pusat sukan yang runtuh, manakala seorang kanak-kanak dilaporkan maut akibat dihempap serpihan bangunan, seperti dilapor Astro Awani.
Pegawai penyelamat tempatan turut menyatakan kemungkinan terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Gegaran turut meruntuhkan beberapa struktur bersejarah termasuk menara gereja di Pulau Bantayan dan Kuil Santa Rosa de Lima di Daanbantayan.
Penduduk yang panik dilaporkan berlari keluar dari rumah, manakala pelajar universiti dipindahkan ke kawasan terbuka sebagai langkah keselamatan.
Gabenor wilayah Cebu, Pamela Baricuatro, menggesa orang ramai agar kekal tenang dan menjauhi bangunan yang berisiko runtuh.
Pasukan perubatan kecemasan dikerahkan ke kawasan terjejas, namun penilaian penuh terhadap kerosakan dan jumlah mangsa masih dijalankan, seperti dilapor Astro Awani.
Tiada ancaman tsunami menyusuli susulan gempa tersebut, menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Filipina terletak di LingkaranGunung Berapi Pasifik, menjadikannya antara negara paling terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.