Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

69% kanak-kanak di Gaza sudah disuntik vaksin cegah polio

Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Ahad (8 Sep) bahawa 69 peratus kanak-kanak di Gaza, berumur hingga 10 tahun telahpun menerima dos pertama vaksin polio, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu turut mendedahkan bahawa kadar itu berjaya dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen vaksinasi polio.

Kempen yang sedang berlangsung di Deir al-Balah dan Khan Younis, serta kawasan sekitarnya, setakat ini memberikan vaksin kepada 441,647 kanak-kanak, setakat petang Sabtu (7 Sep). Ini termasuk 49 peratus perempuan dan 51 peratus lelaki.

Menurut kementerian itu, fasa pertama kempen vaksinasi akan diteruskan di Gaza dan Gaza Utara.

Pasukan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), tabah melaksanakan kempen vaksinasi itu sekalipun menghadapi serangan berterusan Israel dan cabaran keselamatan pergerakan antara pusat-pusat vaksinasi.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan