Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara

Anggaran Waktu Membaca:
643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara

Papan tanda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (Gambar: AFP)

ZURICH: Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Maria Van Kerkhove pada Khamis (2 Jun).

Beliau berkata antara 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.

Cacar monyet dilaporkan di 26 negara di empat wilayah setakat ini, dan kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44), lapor agensi berita Sputnik.

Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan mutasi, katanya.

Beratus-ratus kes cacar monyet direkodkan di negara Eropah, Australia dan Amerika Syarikat sejak awal Mei.

Para pegawai perubatan masih gagal mengenal pasti bagaimana ia merebak memandangkan wabak itu endemik di negara-negara Afrika dan majoriti individu dijangkiti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang Afrika mahupun berkunjung ke sana.
Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan