Skip to main content

Dunia

64 kapal tidak terkait Israel selamat lalu Laut Merah, kata Houthi

Anggaran Waktu Membaca:
SANAA: Kumpulan Houthi Yaman pada Ahad (21 Jan) berkata pihaknya membenarkan 64 kapal untuk belayar dengan selamat di Laut Merah selepas masing-masing megibarkan sepanduk menolak sebarang hubungan dengan Israel.

"Penyelesaian paling mudah yang membolehkan kapal melintas dengan selamat ketika melalui Laut Merah adalah dengan mengibarkan tanda bertulis 'Kami tiada hubungan dengan Israel'," kata ahli kumpulan Houthi, Mohamed Ali al-Houthi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu.

Ketegangan semakin memuncak di Laut Merah di tengah-tengah serangan Houthi ke atas kapal komersil yang disyaki mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurut Houthi serangan mereka bertujuan untuk menekan Israel supaya menghentikan serangan mautnya di Carikan Gaza, yang telah membunuh lebih 25,100 orang sejak serangan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin, Hamas.

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan udara terhadap sasaran Houthi di Yaman dalam beberapa hari kebelakangan ini sebagai tindakan balas terhadap serangan itu, yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai serangan baharu inflasi dan gangguan rantaian bekalan.

Laut Merah adalah antara laluan laut yang paling kerap digunakan di dunia untuk penghantaran bahan api.

Ia digunakan untuk transit antara Terusan Suez Mesir dan Teluk Aden, membolehkan kapal mengelak laluan yang lebih mahal dan lebih panjang merentasi pantai selatan Afrika.
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita