Skip to main content

Dunia

63 penguin mati disengat lebah di Afrika Selatan

Sekawan lebah membunuh 63 penguin Afrika, yang juga spesies terancam pupus di pantai luar Cape Town.

Anggaran Waktu Membaca:
63 penguin mati disengat lebah di Afrika Selatan

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 12:40PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 12:41PM

PORT ELIZABETH: Sekawan lebah membunuh 63 penguin Afrika, yang juga spesies terancam pupus di pantai luar Cape Town.

Demikian menurut Yayasan Afrika Selatan bagi Pemuliharaan Burung Pesisir Pantai pada Ahad (19 Sep).

"Selepas menjalankan ujian, kami menemui kesan sengatan lebah pada bahagian mata burung-burung penguin itu," kata doktor haiwan Yayasan itu, David Roberts.

"Kejadian ini jarang berlaku. Kami tidak menjangkakan ini akan berlaku secara kerap, ia hanya satu kebetulan.

"Beberapa ekor lebah juga ditemui mati di tempat kejadian," katanya kepada AFP melalui panggilan telefon.

Jenis penguin yang ditemui pada Jumaat lalu (17 Sep), berasal dari sebuah kelompok di Simonstown iaitu bandar kecil berhampiran Cape Town.

Kawasan itu merupakan sebuah taman negara dan lebah madu Cape adalah sebahagian daripada ekosistem di sana.

"Penguin itu.. tidak sepatutnya tidak mati seperti itu kerana ia adalah spesies terancam kepupusan dan dilindungi," kata Dr Roberts.

Sementara itu, Taman Negara Afrika Selatan menyatakan bangkai burung penguin itu sudah dibawa ke yayasan tersebut bagi bedah siasat dan sampelnya dihantar untuk ujian toksikologi dan penyakit.

"Tiada sebarang kecederaan fizikal luaran ditemui pada penguin itu," menurut kenyataan taman negara berkenaan.

Hasil bedah siasat menunjukkan semua penguin mempunyai sengatan lebah.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita