63 mangsa dirawat di hospital akibat kebakan saluran gas di Puchong
Kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor. (Gambar: Bernama)
This audio is generated by an AI tool.
Kebakaran bermula pada pagi Selasa di bandar Puchong, Selangor di pinggir ibu kota Kuala Lumpur dan mereka yang dibawa ke hospital menerima rawatan akibat melecur, masalah pernafasan atau kecederaan lain, kata pihak berkuasa.
Saluran paip itu telah diasingkan, kata Petronas dalam satu kenyataan. Jabatan bomba berkata firma itu telah menutup injap pada saluran paip sepanjang 500 m dan 49 rumah di kawasan itu telah terjejas.
Setakat pukul 10.35 pagi, kira-kira 25 menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.
Tinjauan Bernama di kawasan kuil berkenaan mendapati beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi dan operasi memadam api sedang dijalankan.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu.
Beliau berkata kesemua 112 mangsa yang cedera itu membabitkan penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.