Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

63 jemaah umrah M'sia terkandas di Saudi dijangka pulang minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:

KUANTAN: Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah berkata 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lalu berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan. 

Beliau berkata usaha membawa pulang jemaah terbabit yang terdiri daripada 28 orang dewasa dan 35 kanak-kanak sedang giat dilakukan termasuk menerusi perbincangan bersama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dan pihak berkuasa di negara itu. 

"Mereka ke sana untuk mengerjakan umrah dan saya difahamkan timbul masalah. Bagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam rundingan. Cuma saya dapat mengesahkan yang kemungkinan besar kita boleh membawa mereka pulang," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Kuantan pada Sabtu (29 Okt). 

Pada awal bulan ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi kenyataan bersama mengesahkan kesemua rakyat Malaysia terkandas selepas dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah. 

Mereka bagaimanapun hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah itu manakala ketua kumpulan tarekat tersebut telah diusir oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lalu susuli pelanggaran undang-undang tempatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan