Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

61% rakyat AS percaya AI ancam tamadun, masa depan manusia

Anggaran Waktu Membaca:
61% rakyat AS percaya AI ancam tamadun, masa depan manusia

(Gambar fail: Lionel Bonaventure/AFP)

SAN FRANCISCO: Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika Syarikat (AS) dalam tinjauan REUTERS/Ipsos yang diterbitkan pada Rabu (17 Mei).

Lebih daripada dua pertiga rakyat Amerika bimbang akan kesan negatif AI dan 61 peratus percaya ia boleh mengancam tamadun.Sejak chatbot ChatGPT OpenAI menjadi aplikasi yang paling pesat berkembang sepanjang masa, integrasi AI yang meluas ke dalam kehidupan seharian sudah meletakkan AI di barisan hadapan wacana awam.

ChatGPT sudah memulakan perlumbaan senjata AI, dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google bersaing untuk mengalahkan pembangunan AI satu sama lain.

Penggubal undang-undang dan syarikat AI juga bimbang. Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, pada Selasa (16 Mei) memberi keterangan di hadapan Kongres AS untuk menyuarakan kebimbangan akan kemungkinan penyalahgunaan teknologi dan meminta agar pengawalan dikuatkuasakan.

Tinjauan REUTERS/Ipsos mendapati bilangan rakyat AS yang meramalkan kesan buruk daripada AI adalah tiga kali ganda bilangan mereka yang tidak berpandangan sedemikian.

Menurut data, 61 peratus responden percaya bahawa AI menimbulkan risiko kepada kemanusiaan, manakala hanya 22 peratus tidak bersetuju dan 17 peratus masih tidak pasti.

Mereka yang mengundi Donald Trump pada 2020 menyatakan tahap kebimbangan yang lebih tinggi; 70 peratus pengundi Encik Trump berbanding 60 peratus pengundi Joe Biden bersetuju bahawa AI boleh mengancam manusia.

Kesan positif aplikasi AI, seperti memperbarui penemuan dadah, tidak ketara seperti ChatGPT, kata Ion Stoica, seorang profesor UC Berkeley yang juga mengasaskan bersama syarikat AI, Anyscale.

"Rakyat AS mungkin tidak menyedari betapa meluasnya pengunaan AI dalam kehidupan seharian mereka, di rumah dan di tempat kerja," katanya.

Tinjauan online ke atas 4,415 orang dewasa AS dijalankan antara 9 hingga 15 Mei. Ia mempunyai selang keyakinan, iaitu satu ukuran ketepatan, kira-kira 2 mata peratusan.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan