Skip to main content

Dunia

600 penerbangan dibatalkan ekoran mogok di Jerman

Hampir 640 penerbangan di Jerman dibatalkan setelah para kakitangan keselamatan melancarkan mogok sehari di tiga lapangan terbang pada Khamis (10 Jan), sekaligus menjejas hampir 110,000 penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jan 2019 07:10PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 12:03AM

FRANKFURT: Hampir 640 penerbangan di Jerman dibatalkan setelah para kakitangan keselamatan melancarkan mogok sehari di tiga lapangan terbang pada Khamis (10 Jan), sekaligus menjejas hampir 110,000 penumpang.

Lapangan terbang yang terjejas adalah di Dusseldorf, Cologne-Bonn dan Stuttgart.

Dalam satu kenyataan, Dusseldorf - iaitu lapangan terbang ketiga terbesar di Jerman - menyatakan ia terpaksa membatalkan 370 daripada 580 penerbangan yang dijadual berlepas semalam (10 Jan).

Di Cologne-Bonn pula, sekitar 130 daripada hampir 200 penerbangan dibatalkan.

Mogok itu dilancarkan oleh kesatuan pekerja Verdi, yang mewakili 23,000 kakitangan keselamatan lapangan terbang di Jerman.

Kesatuan berkenaan menuntut gaji kakitangan keselamatan dinaikkan kepada 20 Euro (S$31) sejam.

Buat masa ini, sesetengah pekerja di beberapa lapangan terbang di bahagian timur Jerman menerima gaji sekitar 14 Euro (S$22) sejam, manakala rakan sekerja mereka di ibu kota dan bahagian barat negara itu mendapat gaji sekitar 17 Euro (S$26) sejam.

Sementara itu, persatuan majikan BDLS menawarkan kenaikan gaji antara dua dengan 6.4 peratus.

Rundingan gaji seterusnya dijadual diadakan pada 23 Januari. 

Sumber : AFP/HA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita