Skip to main content

Dunia

600 guru, ibu bapa, murid beri penghormatan kepada mangsa tanah runtuh Genting Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
600 guru, ibu bapa, murid beri penghormatan kepada mangsa tanah runtuh Genting Highlands

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 30 Dec 2022 01:28PM Dikemas Kini : 30 Dec 2022 01:31PM
KUALA LUMPUR: Suasana suram menyelubungi Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong apabila kira-kira 600 guru, murid, kakitangan sekolah serta ibu bapa hadir berkumpul memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, berhampiran Gohtong Jaya, baru-baru ini.

Walaupun sedang bercuti sekolah, mereka hadir seawal pukul 8.00 pagi lagi dengan berpakaian sekolah dan menyampaikan pelbagai mesej indah sebelum duduk memberi penghormatan kepada guru mereka yang terkorban.

Kakitangan sekolah termasuk guru juga dilihat tidak dapat menahan sebak apabila ada rakan sekerja menyampaikan perkongsian pada majlis itu selain rakaman video serta gambar bagi mengenang mangsa, seperti dinukil BH Online.

Tidak ketinggalan ibu bapa juga mengorbankan masa hadir pada majlis itu sebagai tanda sokongan dan semangat kepada seluruh warga sekolah.

Dalam tragedi 16 Disember lalu, 11 daripada lebih 20 mangsa dari sekolah SJKC Mung Chong terkorban apabila tanah tiba-tiba runtuh ketika mereka sedang berkhemah di Father's Organic Farm, lapor BH Online.

Dalam kejadian pada pukul 2.42 pagi itu, membabitkan 94 mangsa dan daripada jumlah itu 61 orang selamat manakala 26 terkorban.

Perincian mangsa meninggal dunia ialah 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa serta tiga kanak-kanak perempuan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita