Skip to main content

Dunia

60 tertimbus dalam tragedi lombong emas runtuh di Indonesia

Sekurang-kurangnya seorang pelombong maut manakala 13 lagi cedera dan berpuluh-puluh orang terperangkap selepas sebuah lombong emas haram runtuh di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia tengah pada Selasa malam.

Anggaran Waktu Membaca:
60 tertimbus dalam tragedi lombong emas runtuh di Indonesia
Diterbitkan : 27 Feb 2019 05:55PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 06:00PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang pelombong maut manakala 13 lagi cedera dan berpuluh-puluh orang terperangkap selepas sebuah lombong emas haram runtuh di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia tengah pada Selasa malam.

Demikian menurut laporan agensi berita China Xinhua, yang memetik kenyataan pegawai agensi bencana pada Rabu (27 Feb).

Infrastruktur lombong yang lemah selain terlalu banyak lubang digali pelombong di tengah-tengah keadaan tanah yang tidak stabil merupakan punca insiden itu, yang berlaku di Kampung Bakan di daerah Bolaang Mongondow, menurut jurucakap agensi pengurusan bencana nasional Encik Sutopo Purwo Nugroho sambil menambah operasi menyelamat sedang dijalankan.

"Diramalkan lebih 60 pelombong tertimbus di bawah runtuhan tanah, batu serta bahan lain dan setakat ini, 14 orang daripada mereka sudah berjaya dikeluarkan," katanya.

Para penyelamat kini bertungkus-lumus untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap, kata Encik Sutopo.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita