Skip to main content

Dunia

60 penduduk termasuk anggota UMNO serah borang sertai Bersatu

Seramai 60 penduduk, termasuk beberapa anggota UMNO Kampung Ketior, Manong di Kuala Kangsar, Perak sudah menyerahkan borang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Hamid hari ini (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
60 penduduk termasuk anggota UMNO serah borang sertai Bersatu

60 penduduk, termasuk anggota UMNO, menyerahkan borang menyertai Bersatu pada 23 Disember. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 23 Dec 2018 10:04PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 10:06PM

KUALA KANGSAR: Seramai 60 penduduk, termasuk beberapa anggota UMNO Kampung Ketior, Manong di Kuala Kangsar, Perak sudah menyerahkan borang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Hamid hari ini (23 Dis).

Penyerahan borang itu diketuai Ketua UMNO cawangan kampung tersebut, Omar Shafiee.

Encik Omar berkata beliau rela hati menyertai Bersatu kerana kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak atau individu.

"Tun M dengan kepimpinannya menyatukan orang Melayu dan rakyat negara ini," katanya semasa sidang media yang diadakan selepas majlis penyerahan borang menyertai Bersatu hari ini (23 Dis).

Sementara itu, Encik Iskandar Dzulkarnain berkata mereka membuat keputusan tersebut setelah hilang keyakinan kepada UMNO dan percaya dengan perjuangan Bersatu dalam membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Mereka yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang disegani lagi dihormati,” katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita