Skip to main content

Dunia

60 maut, 200 hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Kashmir

Pasukan penyelamat di Kashmir, India menggunakan penyodok dan jentera pengorek untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah batu dan serpihan pada Jumaat (15 Ogos), sehari selepas banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan menyebabkan 200 yang lain hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
60 maut, 200 hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Kashmir

Pemandangan kawasan yang terjejas akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat di bandar Chasoti, daerah Kishtwar, Kashmir, India pada 15 Ogos 2025. (Gambar: REUTERS)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 15 Aug 2025 07:31PM
SRINAGAR: Pasukan penyelamat di Kashmir, India menggunakan penyodok dan jentera pengorek untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah batu dan serpihan pada Jumaat (15 Ogos), sehari selepas banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan menyebabkan 200 yang lain hilang.

Banjir lumpur dan air bah menjejas teruk kampung Chasoti pada Khamis, menghanyutkan para penduduk yang berkumpul untuk makan tengah hari sebelum mendaki bukit untuk melawat tapak keagamaan popular, dalam bencana kedua seumpama itu di Himalaya dalam tempoh lebih seminggu.

"Kami mendengar bunyi yang kuat dan ia diikuti dengan banjir kilat dan lumpur. Orang ramai menjerit, dan sebahagian daripada mereka jatuh ke dalam Sungai Chenab. Yang lain tertimbus di bawah runtuhan," kata Rakesh Sharma, seorang penduduk yang cedera.

Beg, pakaian dan barang-barang lain, berlumuran lumpur, berselerak di celah-celah tiang elektrik yang tumbang dan lumpur pada Jumaat, sedang pasukan penyelamat menggunakan tali dan jambatan sementara dalam usaha untuk mengeluarkan orang ramai daripada serpihan.

Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh, lebih 100 cedera dan 200 yang lain masih hilang, kata Ketua Menteri Jammu dan Kashmir Omar Abdullah kepada para wartawan pada Jumaat (15 Ogos).

Himalaya terdedah kepada banjir dan tanah runtuh, tetapi beberapa saintis mengatakan intensiti dan kekerapan kejadian ini meningkat disebabkan oleh perubahan iklim.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita