Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

60 lagi kes positif virus korona di kapal persiaran Jepun

Sekitar 60 lagi penumpang yang menaiki kapal persiaran Diamond Cruise disahkan positif virus korona baru, menurut stesen penyiaran nasional NHK hari ini (10 Feb). Ini menjadikan jumlah penumpang dan anak kapal yang dijangkiti meningkat kepada kira-kira 130.

Anggaran Waktu Membaca:
60 lagi kes positif virus korona di kapal persiaran Jepun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Feb 2020 07:03PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 07:09PM

TOKYO : Sekitar 60 lagi penumpang yang menaiki kapal persiaran Diamond Cruise disahkan positif virus korona baru, menurut stesen penyiaran nasional NHK hari ini (10 Feb).

Ini menjadikan jumlah penumpang dan anak kapal yang dijangkiti meningkat kepada kira-kira 130.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Kapal tersebut ketika ini berlabuh di pinggir perairan Jepun.

Ia dikuarantin sejak minggu lalu apabila virus itu dikesan pada seorang penumpang yang turun dari kapal tersebut di Hong Kong pada bulan lalu.

Ketika kapal itu tiba di Jepun, pihak berkuasa pada mulanya menguju hampir 300 daripda 3,711 penumpang dan anak kapal bagi virus tersebut.

Ia kemudian memindahkan puluhan yang disahkan positif ke kemudahan perubatan tempatan.

Kapal berkenaan akan terus dikuarantin sehingga 19 Februari iaitu14 hari selepas tempoh pengasingan bermula.

Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan sekitar 600 orang yang kini berada di atas kapal memerlukan bekalan ubat-ubatan dengan segera. Kira-kira separuh daripada mereka menerima preskripsi mereka pada hujung minggu.

Menteri Kesihatan Katsunobu Kato memeberitahu para wartawan perbincangan sedang dijalankan tentang bagaimana untuk meningkatkan lagi ujian yang dijalankan dan sama ada ujian akan dilakukan selepas tempoh kuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan menerusi twitter bahawa tempoh kuarantin tidak akan dilanjutkan meskipun terdapat kes baru positif virus tersebut. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan