Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 wartawan asing terbunuh di Ukraine sejak pencerobohan Rusia

Press Emblem Campaign (PEC) yang berpangkalan di Geneva menyatakan pada Sabtu (19 Mac) bahawa 3,000 wartawan asing membuat liputan di Ukraine, dengan enam terkorban dan puluhan lain cedera, selain dua diculik oleh Rusia sejak 24 Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
6 wartawan asing terbunuh di Ukraine sejak pencerobohan Rusia

(Gambar: State Emergency Service of Ukraine/AFP)

GENEVA: Press Emblem Campaign (PEC) yang berpangkalan di Geneva menyatakan pada Sabtu (19 Mac) bahawa 3,000 wartawan asing membuat liputan di Ukraine, dengan enam terkorban dan puluhan lain cedera, selain dua diculik oleh Rusia sejak 24 Februari lalu.

Wartawan-wartawan terbunuh dalam pelbagai keadaan, dari serpihan peluru atau bom menyusuli serangan roket hingga ke luka akibat terkena peluru, menurut agensi berita Anadolu, yang menukil badan keselamatan dan hak media sejagat.

Separuh daripada wartawan yang terbunuh membawa liputan berhubung pertempuran berhampiran Kyiv dan bandar berdekatan, Irpin.

"PEC meluahkan kebimbangan yang mendalam dan mengutuk pembunuhan wartawan-wartawan di Ukraine, yang membuat liputan dari tempat kejadian selepas pencerobohan Rusia, serta menyeru semua pihak terlibat agar menghormati kebebasan pihak media," kata Nava Thakuria dari PEC.









Para wartawan yang diculik bertugas di bahagian selatan Ukraine di mana Rusia menduduki wilayah-wilayahnya, " kata Andrii Ianitskyi, wakil PEC di Ukraine.

"Keperluan utama wartawan di Ukraine adalah perisai diri dan topi keledar, telefon bimbit satelit serta bantuan kecemasan," tambahnya.

Beliau berkata wartawan dan kakitangan media juga memerlukan latihan keselamatan serta bantuan kecemasan untuk wartawan asing dan Ukraine yang melakukan perjalanan ke Ukraine.

PEC menyatakan wartawan memerlukan tempat perlindungan di kawasan lebih selamat di mana mereka boleh membuat persinggahan selama beberapa hari dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Terdapat kekurangan tukang atur dan penterjemah tempatan serta juga pemandu yang mempunyai kereta.

Menurut PEC, ramai wartawan di Ukraine menganggur atau memerlukan pekerjaan sambilan untuk menyara keluarga mereka.

Semua wartawan asing yang bekerja di Ukraine mesti mendapatkan pentauliahan digital online di laman web Kementerian Pertahanan Ukraine.

PEC menyatakan penggodam Rusia menyerang beberapa cabang media Ukraine pada 2, 3 dan 17 Mac lalu.

Pada 1, 2, 14 dan 16 Mac pula, serangan roket memusnahkan menara televisyen di Kyiv, Kharkiv, Lisichansk, Rivne, Vinnitsa dan Korosten.

Tentera Rusia merampas menara-menara televisyen di Kherson, Starobelsk, Melitopol serta stesen radio di Berdyansk, kata Ianitskyi.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan