6 warga Israel cedera dalam serangan roket dari Gaza
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memendekkan lawatannya ke Amerika Syarikat hari ini (25 Mac) selepas Israel menjadi sasaran bedilan roket yang dilancarkan dari Carikan Gaza.
Rumah di Israel yang rosak akibat roket yang dilancarkan dari Gaza (Gambar: AP Images)
MISHMERET: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memendekkan lawatannya ke Amerika Syarikat hari ini (25 Mac) selepas Israel menjadi sasaran bedilan roket yang dilancarkan dari Carikan Gaza.
Sekurang-kurangnya enam orang cedera.
Pihak berkuasa Israel mengatakan roket jarak jauh itu yang dilancarkan dari Gaza, memusnahkan sebuah rumah.
Sejauh ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bedilan itu dilancarkan sedang ketegangan memuncak,
menjelang ulang tahun bantahan-bantahan anti Israel di sempadan Gaza.
Sebelum meninggalkan Washington, Encik Netanyahu mengutuk serangan tersebut dan berikrar untuk mengambil tindakan balas.
Serangan terbaru ini dilancarkan 10 hari selepas roket-roket dilepaskan dari Gaza ke arah kawasan komersil di Tel Aviv.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.