6 terbunuh, 9 cedera apabila kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Khamis (27 Mac) apabila sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah, Mesir semasa lawatan di bandar peranginan Hurghada, menurut sumber rasmi di Governorat Laut Merah.
Sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah, Mesir semasa lawatan di bandar peranginan Hurghada, pada 27 Mac 2025. (Gambar: AP)
Lima daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 29 penumpang lain berjaya diselamatkan dan dibawa kembali ke hotel mereka, menurut sumber itu yang enggan dikenali.
Sumber itu menambah bahawa punca kejadian masih disiasat dan kerakyatan mangsa belum dikenal pasti.
Menurut laporan beberapa media tempatan, termasuk laman web Al-Masry Al-Youm, kapal selam pelancong yang bernama Sindbad itu membawa 44 penumpang dalam perjalanan dasar laut untuk meneroka terumbu karang.
Sementara itu, RIA Novosti memetik kenyataan dari Konsulat Jeneral Rusia di Hurghada yang menyatakan bahawa semua pelancong dalam kapal selam tersebut adalah warga Rusia.
"Terdapat 45 pelancong termasuk kanak-kanak, serta anak kapal.
Kesemua mereka adalah warga Rusia, pelancong dari syarikat Biblio Globus," menurut kenyataan konsulat itu, lapor RIA Novosti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.