6 rangkaian F&B popular di Malaysia bukan pemegang sijil halal: Jakim
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Premis 'Johnny's Restaurant', 'Black Canyon', 'Dolly Dim Sum', 'Mr Dakgalbi' dan 'Bungkus Kaw Kaw' bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Premis makanan berangkai jenama 'Ayam Penyet Best' pula mempunyai empat cawangan yang mempunyai SPHM yang masih sah, menurut agensi kerajaan pusat itu.
Kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal Jakim itu bagaimanapun tidak memberikan senarai penuh empat kedai itu, lapor agensi berita Malaysiakini.
Semakan di laman 'Ayam Penyet Best' mendapati mereka mempunyai 15 kedai di Kuala Lumpur dan Selangor.
Jakim mengeluarkan kenyataan itu pada Selasa (3 Sep) susulan tular suratnya berkaitan status sijil halal jenama-jenama di atas, melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) miliknya, dipetik daripada agensi berita Malaysiakini.

'Ayam Penyet Best' bagaimanapun menjelaskan dapur pusat mereka yang membekalkan bahan mentah dan makanan ke semua cawangan mendapat sijil halal berkuatkuasa pada 2012.
Tinjauan agensi berita Malaysiakini mendapati 'Bungkus Kaw Kaw' berkongsi dapur pusat dengan syarikat induk Ah Cheng, juga jenamakan restoran terkenal, yang mempunyai sijil halal Jakim.
'Dolly Dim Sum' pula mempunyai sijil bawah nama pemiliknya Asia Mex Sdn Bhd.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada sijil itu untuk dapur pusat atau cawangannya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.