Skip to main content

Dunia

6 pusat pameran tentang Kereta Api Laju KL-S'pura diadakan

Sebanyak enam pusat pameran pemeriksaan awam tetap dan sementara dibuka di kawasan terpilih di sepanjang jajaran projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) di Negeri Sembilan mulai 1 Nov lalu hingga 31 Jan 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
6 pusat pameran tentang Kereta Api Laju KL-S'pura diadakan
Diterbitkan : 08 Dec 2017 10:30PM Dikemas Kini : 08 Dec 2017 11:00PM

SEREMBAN: Sebanyak enam pusat pameran pemeriksaan awam tetap dan sementara dibuka di kawasan terpilih di sepanjang jajaran projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) di Negeri Sembilan mulai 1 Nov lalu hingga 31 Jan 2018.

Enam pusat pameran itu adalah Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Terminal One Mall, AEON Mall Seremban 2, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), TF Value Mart - Port Dickson dan Giant Superstore Nilai.

Pengarah Pembangunan Projek MyHSR Corp Mark Loader berkata pameran-pameran tersebut adalah untuk membolehkan masyarakat di negeri itu mendapatkan maklumat mengenai projek, jajaran HSR yang dirancang, lokasi stesen di Malaysia, ciri-ciri khas dan susun atur stesen, rancangan pengambilan tanah, data teknikal kereta api dan program pembangunan sosioekonomi.

"Kami berbesar hati dengan sokongan padu yang diterima daripada pihak berkepentingan dan masyarakat sepanjang jajaran HSR. Kami telah mengkaji pelaksanaan HSR di seluruh dunia dan mengenal pasti impak ekonomi positif yang dibawa melalui kesalinghubungan yang lebih baik.

"Kami mahu rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat meraih manfaat daripada projek ikonik ini," katanya pada sidang media hari ini (8 Dis).

Encik Loader berkata setakat ini pihaknya sudahpun menerima seramai 1,500 pengunjung.

HSR merupakan projek strategik antara Malaysia dengan Singapura yang bertujuan melancarkan perjalanan, meningkatkan hubungan perniagaan dan merapatkan rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian dua hala pada 13 Disember 2016, yang merangkumi perkara utama mengenai projek itu termasuk parameter teknikal, model komersil, kastam, imigrasi dan pelepasan kuarantin, perkara keselamatan, struktur pengawalseliaan dan pendekatan pengurusan projek.

Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura itu akan dibuka dengan lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Malaysia serta Jurong East di Singapura dengan operasi perkhidmatan ekspres antara Kuala Lumpur dengan Singapura yang disasarkan bermula pada 31 Disember 2026.

MyHSR Corp adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pelaksanaan projek itu.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita