Skip to main content

Dunia

6 polis cedera dalam serangan bom, kejadian berbalas tembakan di Yala, Thailand

Dua anggota polis parah manakala empat lagi cedera ringan dalam satu serangan bom dan kejadian berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand, pada Jumaat (19 Jun) pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
6 polis cedera dalam serangan bom, kejadian berbalas tembakan di Yala, Thailand

Anggota polis yang cedera menerima rawatan di Hospital Than To manakala dua yang parah dipindahkan ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut. (Gambar: Facebook/Yala Public Relations Office)

Diterbitkan : 19 Jun 2026 11:05PM
YALA: Dua anggota polis parah manakala empat lagi cedera ringan dalam satu serangan bom dan kejadian berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand, pada Jumaat (19 Jun) pagi.

Menurut Pusat Penerangan Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi (waktu tempatan) itu, pasukan keselamatan berkenaan sedang menjalankan rondaan dan kawalan bagi keselamatan guru dan pengguna di Jalan Betong-Yala.

“Siasatan awal mendapati bahan letupan ditanam di tepi jalan dan diaktifkan menggunakan alat komunikasi. Insiden berbalas tembakan antara penyerang dengan pasukan keselamatan turut berlaku,” menurut ISOC 4.

Para anggota polis yang cedera menerima rawatan di Hospital Than To manakala dua yang parah dipindahkan ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut.

Menyusuli serangan tersebut, ISOC 4 berkata laluan utama Yala-Betong ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan pemeriksaan dan siasatan dijalankan di lokasi serangan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita