Skip to main content

Dunia

6 maut selepas teksi rempuh orang ramai semasa sambutan Vesak di Sri Lanka

Enam orang, termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sebuah teksi merempuh orang ramai yang berkumpul untuk acara Vesak pada Ahad malam (31 Mei) di wilayah barat Sri Lanka, menurut polis, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut selepas teksi rempuh orang ramai semasa sambutan Vesak di Sri Lanka

Siasatan awal mendapati pemandu teksi mabuk semasa kejadian. (Gambar hiasan)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 01 Jun 2026 04:07PM
COLOMBO: Enam orang, termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sebuah teksi merempuh orang ramai yang berkumpul untuk acara Vesak pada Ahad malam (31 Mei) di wilayah barat Sri Lanka, menurut polis, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku di High Level Road di Meegoda, semasa teksi berkenaan dalam perjalanan dari Avissawella ke Colombo, kata polis.

Menurut polis, kenderaan itu membelok ke arah sekumpulan penganut yang sedang beratur di dansala, gerai makanan percuma yang dibuka semasa Vesak.

Seramai 13 orang dibawa ke Hospital Homagama menyusuli kemalangan itu. Tiga lelaki dan tiga wanita maut sebelum menerima rawatan, menurut polis. Mangsa berusia antara 15 hingga 56 tahun.

Polis menahan pemandu berusia 42 tahun, seorang penduduk Piliyandala, selepas dia dikatakan cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut polis, siasatan awal mendapati pemandu itu mabuk ketika kejadian.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita