Skip to main content

Dunia

6 maut ditikam di pusat beli-belah Sydney; suspek ditembak mati

Insiden itu berlaku di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction, yang kemudiannya dikepung.

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut ditikam di pusat beli-belah Sydney; suspek ditembak mati

Polis mengepung kawasan sekitar pusat beli belah Westfield Bondi Junction selepas satu kejadian tikaman di Sydney berlaku pada 13 Apr 2024. (Gambar: AFP/David Gray)

Diterbitkan : 13 Apr 2024 04:12PM Dikemas Kini : 13 Apr 2024 10:39PM

SYDNEY: Suasana huru-hara berlaku di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction di Sydney, pada Sabtu (13 Apr) selepas berlaku beberapa kejadian tikaman.

Enam maut termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian pada pukul 4.00 petang waktu tempatan.

Mangsa keenam adalah ibu kepada kanak-kanak yang masih dirawat di hospital dengan kesan tikaman, lapor The Sydney Morning Herald.

Ratusan orang diarah meninggalkan pusat belah belah yang sibuk itu, yang kemudiannya dikepung.

Ambulans New South Wales memberitahu AFP, seorang lelaki ditembak mati oleh polis. Motifnya tidak jelas tetapi pihak berkuasa menyatakan dia dipercayai bertindak seorang diri.

Gambar: David GRAY/AFP
Gambar: David GRAY/AFP
Gambar: David GRAY/AFP
"Satu insiden kritikal telah bermula berikutan satu kejadian tembakan ke atas seorang lelaki di Bondi Junction," kata polis New South Wales dalam catatan di X.

"Lebih kurang sebelum jam 4.00 petang... perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke Westfield Bondi Junction berikutan laporan sejumlah orang ditikam. Orang ramai digesa menjauhi kawasan itu."

Dua saksi memberitahu Reuters mereka mendengar tembakan dilepaskan.

"Selepas 20 minit orang ramai keluar dari pusat beli-belah, saya melihat pasukan SWAT meronda jalan raya di sekeliling," kata salah seorang saksi.

Seorang lagi saksi berkata mereka melihat seorang wanita terbaring di atas lantai dan ada yang berlindung di sebuah kedai barang kemas.

Beberapa catatan di media sosial menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pusat beli-belah itu dan kereta polis serta perkhidmatan kecemasan bergegas ke kawasan itu.
Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita