Skip to main content

Dunia

6 maut dalam serangan dron Rusia ke atas Kharkiv di Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut dalam serangan dron Rusia ke atas Kharkiv di Ukraine

Kereta-kereta dan sebuah bangunan kelihatan rosak berikutan serangan dron Rusia di Kharkiv, Ukraine, pada 11 Jun 2025. (Gambar: Reuters/Vyacheslav Madiyevskyy)

Diterbitkan : 12 Jun 2025 09:09AM Dikemas Kini : 12 Jun 2025 09:10AM
KHARKIV, Ukraine: Enam orang maut dan 64 lagi cedera, termasuk sembilan kanak-kanak, dalam serangan dron Rusia ke atas bandar Kharviv di Ukraine selama sembilan minit, menurut pegawai Ukraine pada Rabu (11 Jun).

Serangan tersebut menyusuli dua serangan udara terbesar Rusia dalam peperangan itu minggu ini dan merupakan sebahagian daripada pengeboman yang diperhebatkan yang, menurut Mosk,o adalah tindak balas terhadap serangan Ukraine ke atas Rusia baru-baru ini.

KEBAKARAN DAN KEMUSNAHAN DI SELURUH KHARKIV

Kharkiv, yang terletak di timur laut Ukraine dan berhampiran sempadan Rusia, kekal menjadi sasaran serangan peluru berpandu dan dron yang kerap walaupun berjaya menangani serangan penuh Rusia pada hari-hari awal peperangan.

Pendakwa raya di wilayah Kharkiv menyatakan di Telegram bahawa angka korban meningkat kepada enam apabila pasukan kecemasan mengeluarkan lebih banyak mayat dari runtuhan.

Sekurang-kurangnya tiga individu masih dipercayai terperangkap.

Serangan 17 dron itu mencetuskan kebakaran di 15 apartmen dalam bangunan lima tingkat dan menyebabkan kemusnahan meluas terhadap rumah dan infrastruktur di seluruh bandar, kata datuk bandar Kharkiv Ihor Terekhov.

"Terdapat serangan langsung ke atas bangunan bertingkat, rumah privet, taman permainan, perusahaan dan pengangkutan awam," katanya.

Seorang saksi Reuters melihat pasukan kecemasan menyelamatkan orang dari bangunan yang musnah sementara anggota bomba memadam kebakaran pada sebelah malam.

ZELENSKIY: TEKANAN KE ATAS RUSIA MESTI DITINGKATKAN

Presiden Volodymyr Zelenskiy mengecam serangan terbaharu itu dan sekali lagi menyeru tindakan antarabangsa.

"Rusia layak menerima diberi lebih banyak tekanan; dengan setiap serangan yang dilancarkannya terhadap kehidupan biasa, ia membuktikan bahawa tekanan itu tidak mencukupi."

Antara yang cedera ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, menurut Oleh Sinehubov, gabenor wilayah Kharkiv. Sembilan daripada mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Tentera Ukraine melaporkan bahawa Rusia melancarkan 85 dron pada waktu malam di seluruh negara, dengan 40 daripadanya ditembak jatuh.

INFRASTRUKTUR TENAGA DISASARKAN DI SELATAN

Di tempat lain, serangan Rusia menyebabkan bekalan elektrik terputus di wilayah selatan Mykolaiv dan Kherson. Di Kherson, gabenor Oleksandr Prokudin berkata sebuah "kemudahan tenaga penting" turut diserang.

"Buat masa ini tidak mungkin untuk meramalkan tempoh kerja. Penduduk wilayah, saya meminta anda untuk menunjukkan pemahaman dan bersedia untuk gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan," katanya.

Vitaliy Kim, yang juga gabenor Mykolaiv, berkata penutupan kecemasan sedang berkuat kuasa tetapi kerja pemulihan sedang dijalankan.

Kedua-dua Kherson dan Mykolaiv menghadapi serangan harian, dengan Kherson berdepan pengeboman meriam dan dron sementara Mykolaiv berdepan serangan peluru berpandu dan dron yang kerap.

Rusia dan Ukraine kedua-duanya menafikan sengaja menyasarkan orang awam.

Walau bagaimanapun, beribu-ribu orang awam telah terbunuh sejak Mosko melancarkan serangan penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022, kebanyakannya rakyat Ukraine.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita