Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut dalam serangan bom di sekolah Kabul

Anggaran Waktu Membaca:

KABUL: Sebuah sekolah pelajar lelaki di daerah Dasht-e-Barchi di ibu kota Kabul menjadi sasaran dua serangan bom pada Selasa (19 Apr). 

Demikian menurut jurucakap polis Kabul Khalid Zadran. 

"Dalam dua letupan bom yang berlaku sebelah sekolah Abdul Rahim Shahid pada 10.00 petang (waktu tempatan) hari ini di Bahagian Polis 18, enam orang terbunuh dan 11 lagi cedera," menurut Zadran menerusi akaun Twitternya, lapor Xinhua. 

Mangsa-mangsa itu, menurutnya merupakan anggota masyarakat Syiah Muslim. 

Tanpa memberikan sebarang perincian, beliau menambah bahawa pasukan tentera mengepung kawasan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. 

Pada masa yang sama, para saksi, tanpa mendedahkan identiti mereka, mengatakan bahawa mereka terdengar tiga letupan dan dua daripadanya menyasarkan institut-institut pendidikan di daerah Dasht-e-Barchi di bandar Kabul. 

Belum ada pihak mengaku melakukan serangan tersebut.

Namun Sekolah Abdul Rahim Shahid itu terletak di kawasan masyarakat Syiah Hazara yang pernah menjadi sasaran serangan kumpulan pengganas ISIS.

Sumber : Agensi berita/MA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan