Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut dalam nahas van di Genting Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut dalam nahas van di Genting Highlands

(Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians/Facebook)

KUALA LUMPUR: Enam maut dan lapan cedera selepas van persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu (8 Feb).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada pukul 1.15 tengah hari.

Seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki, BH Online memetik kenyataan tersebut.

Van terbabit dipercayai terbabas menyebabkan enam daripada penumpang maut di lokasi.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut," menurut kenyataan tersebut.

Kes itu, menurut JBPM, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.

Mereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands.

Lapan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan