6 maut dalam nahas helikopter Sri Lanka
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah ambulans membawa mangsa nahas helikopter, di Maduru Oya, pada 9 Mei 2025. (Gambar: AFP)
COLOMBO: Sebuah helikopter tentera udara Sri Lanka terhempas pada Jumaat (9 Mei), mengorbankan enam daripada 12 orang di dalamnya, menurut pihak tentera.
Pasukan kakitangan tersebut sedang mengambil bahagian dalam penerbangan demonstrasi dan bersedia untuk lompatan tali apabila helikopter Bell 212 itu terhumban ke dalam tasik di Maduru Oya, di timur ibu negara Colombo, kata seorang pegawai tentera kepada AFP.
Mereka sepatutnya melakukan gerakan "fast-roping" semasa majlis tamat latihan komando Pasukan Khas, dengan mempamerkan kemahiran mereka turun dari helikopter semasa ia terbang di atas ketinggian bumbung.
"Terdapat 12 orang di dalam, dan enam daripada mereka terselamat dengan kecederaan ringan," kata pegawai itu, sambil berkata mereka yang maut termasuk empat komando dan dua penembak Pasukan Tentera Udara.
Majlis tersebut turut dibatalkan, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.
Tragedi Jumaat itu adalah yang terburuk bagi tentera udara sejak pesawat Y-12 buatan China terhempas di Haputale, 200 kilometer (125 batu) timur Colombo, pada Januari 2020, mengorbankan kesemua empat kru di dalamnya.
Pada September 2000, sebuah helikopter Mi-17 terhempas di tengah Sri Lanka, mengorbankan meragut 15 nyawa di dalamnya, menjadikannya nahas helikopter terburuk dalam sejarah pulau itu.

Sumber : AFP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.