Skip to main content

Dunia

6 maut dalam kebakaran lombong emas Shandong

Enam orang terkorban dalam satu kebakaran di lombong emas di bahagian timur China di wilayah Shandong, menurut laporan media tempatan China pada Rabu (17 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut dalam kebakaran lombong emas Shandong

Enam terkorban dalam kebakaran di lombong emas di China. (Gambar: cnsphoto/Reuters)

Diterbitkan : 18 Feb 2021 08:36PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 08:39PM

ZHAOYUAN: Enam orang terkorban dalam satu kebakaran di lombong emas di bahagian timur China di wilayah Shandong, menurut laporan media tempatan China pada Rabu (17 Feb).

Menyusuli kejadian itu dan beberapa insiden lain, pihak berkuasa tempatan mengumumkan satu kempen baru untuk menutup kemudahan-kemudahan yang tidak selamat.

Kebakaran terbaru itu berlaku sekitar 6.00 pagi semasa kerja penyelenggaran di lombong emas Caojiawa di bandar Zhaoyuan, menurut agensi berita Xinhua.

10 pelombong terperangkap dalam kebakaran tersebut, menurut Xinhua - empat daripada mereka diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Kebakaran tersebut merupakan insiden kedua paling teruk di lombong emas Shandong dalam tempoh sebulan ini.

Pada Januari, 11 pekerja yang terperangkap dalam satu letupan di lombong Hushan berjaya diselamatkan selepas tertimbus dalam lombong bawah tanah selama dua minggu. Namun, sekurang-kurangnya 10 pelombong terkorban dan ini membuatkan pihak berkuasa mengeluarkan beberapa pemeriksaan keselamatan.

Biro kecemasan wilayah Shandong itu menyatakan ia akan memulakan satu program pemeriksaan yang "menyeluruh dan teliti" yang akan berlangsung sehingga akhir Mac untuk menangani risiko keselamatan di semua lombong bukan arang batu. Lombong-lombong yang gagal dalam pemeriksaan tersebut akan ditutup.

Lombong-lombong di China merupakan yang paling berbahaya di dunia. China mencatat 573 kematian berkaitan lombong pada 2020, menurut Pentadbiran Keselamatan Lombong Nasional.  

Sumber : Reuters/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita