Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut bot karam dipukul ombak tinggi di Jawa Timur

Enam orang mati manakala tujuh lagi masih hilang dalam satu lagi tragedi bot karam di Indonesia. Insiden itu berlaku di perairan wilayah barat Indonesia, Jawa Timur, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:02PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:06PM

JAKARTA: Enam orang mati manakala tujuh lagi masih hilang dalam satu lagi tragedi bot karam di Indonesia. Insiden itu berlaku di perairan wilayah barat Indonesia, Jawa Timur, lapor agensi berita Xinhua.

Bot berkenaan membawa 21 nelayan ketika ia terbalik semasa dipukul ombak setinggi enam meter di perairan Puger, wilayah Jember. Lapan orang berjaya menyelamatkan diri, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Encik Sutopo Purwo Nugroho.

Pasukan penyelamat masih mencari para nelayan yang hilang, tambah beliau kepada Xinhua melalui kiriman mesej.

Kemalangan seumpama ini sering berlaku di Indonesia yang terdiri daripada lebih 17,500 pulau. Piawai keselamatan seringkali tidak dipatuhi sehingga menyebabkan kematian, kecederaan dan penduduk yang hilang dalam insiden bot karam.  

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan