Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut bas rempuh pokok di Hong Kong

Seramai enam orang maut dan puluhan mangsa lain cedera di Hong Kong, hari ini (18 Dis), apabila sebuah bas dua tingkat merempuh sebatang pokok, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut bas rempuh pokok di Hong Kong

(Gambar: Polis Hong Kong)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 08:29PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 08:35PM

HONG KONG: Seramai enam orang maut dan puluhan mangsa lain cedera di Hong Kong, hari ini (18 Dis), apabila sebuah bas dua tingkat merempuh sebatang pokok, menurut polis.

Rakaman langsung menunjukkan pegawai bomba cuba mendapatkan mangsa di tingkat atas kenderaan itu yang berada dalam keadaan teruk sehingga ada tempat duduk penumpang tergantung di tepi.

Mangsa dipindahkan ke dalam beg mayat hitam dan diletakkan di sebelah papan tanda ‘Rumah Mayat Sementara’ di tepi jalan di Kwu Tung, wilayah dekat sempadan China.

Polis berkata, enam orang disahkan mati di tempat kejadian - tiga lelaki dan tiga wanita dengan puluhan mangsa lain cedera. Pihak Berkuasa Hospital bandar itu menyatakan, 40 orang cedera.

Salah seorang mangsa terselamat memaklumkan stesen penyiaran tempatan TVB bahawa beliau sedang tidur, ketika nahas berlaku.

“Apabila saya sedar saya sudah terperangkap di tempat duduk saya,” katanya.

Hong Kong mempunyai salah satu sistem pengangkutan awam terbaik dunia, namun rekod kemalangan bas membawa maut di negara itu tidak diketahui.

Bandar yang padat penduduk itu mempunyai banyak jalan raya yang sempit dan bengkang bengkuk. Pihak kesatuan sekerja juga menyatakan, sudah lazim bagi pemandu mengalami kepenatan gara-gara waktu kerja yang panjang.

Sumber : CNA/Agensi berita/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan