6 maut akibat ribut salji Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
HOUSTON: Sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan apabila ribut musim sejuk meluas melanda wilayah di timur dan selatan Amerika Syarikat pada Ahad (25 Jan), membawa hujan beku, salji lebat serta jalan raya berais.
Ini sekali gus menyebabkan lapangan terbang dan lebuh raya ditutup, selain bekalan elektrik terputus kepada lebih sejuta penduduk sedang ribut itu semakin buruk.
Ribut berkenaan menyebabkan suhu di banyak wilayah menjunam ke bawah paras beku, lapor Anadolu Ajansi, memetik beberapa laporan media.
Georgia, Louisiana, Mississippi, Tennessee dan Texas antara wilayah yang paling teruk terjejas setakat ini, apabila pembentukan ais memutuskan talian elektrik, menyebabkan gangguan bekalan tenaga serta melumpuhkan bandar utama seperti Atlanta, Houston dan Nashville.
Kebanyakan perniagaan dan daerah sekolah di kawasan terlibat ditutup sebagai langkah pencegahan keselamatan awam.
Menurut laman web PowerOutage.us yang menjejaki gangguan elektrik di seluruh Amerika, Tennessee mencatat jumlah gangguan tertinggi dengan sehingga 339,000 pelanggan terputus bekalan elektrik setakat tengah hari Ahad.
Hampir 180,000 penduduk di Mississippi dilaporkan terjejas manakala hampir 150,000 pelanggan di Louisiana turut mengalami gangguan bekalan elektrik.
Texas dan Georgia masing-masing merekodkan hampir 100,000 pelanggan tanpa bekalan elektrik, dengan pasukan kecemasan bekerja tanpa henti bagi memulihkan bekalan secepat mungkin.
Salji tebal turut menjejas kawasan Midwest, termasuk Ohio, dengan bandar utama seperti Cincinnati dan Columbus menerima antara 15 hingga 25 sentimeter (cm) salji setakat ini.
Hampir 30cm salji direkodkan di bandar Dayton dan Springfield di barat daya wilayah itu, dengan pihak berkuasa bandar menggesa penduduk supaya tidak menggunakan jalan raya dan lebuh raya yang berais serta kekal berada di rumah.
“Ia benar-benar sangat berbahaya di luar sana,” kata Datuk Bandar Columbus, Andrew Ginther, dalam satu kenyataan video.
“Anda sepatutnya berada di rumah kecuali jika berlaku kecemasan yang amat penting.”
Beberapa wilayah lain turut dilanda salji tebal, termasuk Arkansas (20cm), Illinois (28cm), Indiana (33cm), Kansas (30cm), Missouri (18cm) dan Oklahoma (15cm). Sebahagian kawasan di Texas Utara menerima kira-kira 13cm salji, menurut peramal cuaca.
Kawasan timur laut Amerika juga terjejas, dengan New Jersey menerima 25cm salji, New York (18cm) dan Pennsylvania (23cm).
Lebih 16,000 penerbangan di seluruh Amerika dibatalkan setakat ini akibat ribut musim sejuk berkenaan, dengan ribuan lagi penerbangan mengalami kelengahan di lapangan terbang seluruh negara.
Bandar utama yang mengalami pembatalan dan kelengahan penerbangan termasuk Atlanta, Boston, Chicago, Dallas, Detroit, Houston, New York, Philadelphia dan Washington, DC.
Pakar kaji cuaca berkata cuaca sejuk melampau itu dijangka berterusan di banyak wilayah sehingga awal minggu ini, ketika ribut berkenaan masih meliputi kawasan yang luas di Amerika.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.