Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut akibat rempuhan di Stadium Cameroon

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut akibat rempuhan di Stadium Cameroon

Pemain-pemain bola sepak pasukan Cameroon di Stadium Cameroon pada 24 Januari 2022. (Gambar: Kenzo Tribouillard/AFP)

YAOUNDE: Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam kejadian rempuhan di stadium yang menganjurkan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang berlangsung di Cameroon pada Isnin malam (24 Jan), menurut Gabenor Wilayah Tengah Aseri Paul Bea.

Tragedi itu berlaku ketika para penyokong bola sepak cuba memasuki stadium ketika perlawanan kalah mati yang penting antara Cameroon dan Comoros sedang berlangsung.

Menurut Bea, beberapa penyokong lain cedera dan dikejarkan ke hospital di ibu negara Yaounde berdekatan stadium berkenaan. Pihak berkuasa bimbang jumlah kematian mungkin meningkat.

Emmanuel Njomo yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Xinhua bahawa lebih 1,000 orang bertolak-tolakan di laluan pintu masuk stadium pada masa yang sama.

"Semua orang tidak sabar dan mahu masuk ke stadium untuk menonton perlawanan yang sudahpun bermula. Mereka menolak penghadang keselamatan dan di situlah masalah bermula," kata Njomo sambil menambah bahawa beberapa kanak-kanak dan wanita mungkin mati atau cedera semasa rempuhan itu.

Stadium itu mempunyai 60,000 tempat duduk tetapi hanya boleh beroperasi pada 80 peratus kapasiti berikutan sekatan COVID-19.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan