6 maut, 70 cedera di tapak binaan Ekspo Dunia Dubai sejak 2015
Seramai enam pekerja maut dan lebih 70 lagi mengalami kecederaan teruk di tapak binaan Ekspo Dunia Dubai sejak 2015.

Beberapa pekerja hijrahan berjalan di kawasan Ekspo Dubai. (Gambar: REUTERS)
DUBAI: Seramai enam pekerja maut dan lebih 70 lagi mengalami kecederaan teruk di tapak binaan Ekspo Dunia Dubai sejak 2015.
Namun pihak penganjur acara yang dilancarkan Jumaat lalu itu bertegas, piawaian keselamatannya bertaraf dunia dan keselamatan telah diutamakan.
Angka korban tersebut didedahkan selepas parlimen Eropah menggesa agar ekspo Dubai selama enam bulan itu diboikot.
Parlimen Eropah mengkecam rekod hak asasi Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan layanan yang dikatakan tidak berperi-kemanusiaan terhadap para pekerja hijrahan.
Lebih 200,000 pekerja telah membina tapak besar-besaran tersebut di luar bandar Dubai.
Ekspo Dubai menampilkan ratusan astaka dan kemudahan lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.