6 maut, 5 cedera dalam kebakaran bangunan pencakar langit China
Bangunan pencakar langit di Tianjin, China terbakar. Enam maut dan lima cedera dalam kejadian itu.
Bangunan yang terbakar baru-baru ini. (Gambar: CGTN)
TIANJIN: Bangunan pencakar langit di Tianjin, China terbakar. Enam maut dan lima cedera dalam kejadian itu.
Kebakaran tersebut bermula sekitar 4.00 pagi tadi di tingkat 38 bangunan pangsapuri itu yang terletak berhampiran pusat bandar.
Pasukan bomba sudah berjaya memadamkan apinya.
Agensi berita Xinhua melaporkan siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada bahan-bahan bagi kerja ubak elok.
Aspek keselamatan kebakaran di China menjadi sorotan selepas berlaku satu kebakaran bulan lalu di pinggir ibu kota Beiing yang meragut nyawa 19 orang.
Kejadian tersebut mendorong pihak berkuasa melakukan tindakan tegas dengan merobohkan bangunan-bangunan kediaman dan perniagaan di seluruh ibu kota itu yang didapati melanggar peraturan mencegah kebakaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.