6 maut, 2 hilang; ombak besar landa pantai Australia
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun turut dihanyutkan tetapi berjaya diselamatkan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital, menurut polis.

Ombak besar di Pantai Tamarama, Sydney pada 18 Apr. (Gambar: AFP/Saeed Khan)
Polis New South Wales (NSW) memaklumkan bahawa pasukan paramedik gagal menyelamatkan pemancing itu selepas dia dihanyutkan ombak.
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun turut dihanyutkan tetapi berjaya diselamatkan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital, menurut polis.
Pencarian masih diteruskan bagi dua lagi orang yang turut dihanyutkan ombak pada Jumaat - seorang di Sydney dan seorang lagi di Melbourne.
Pada Jumaat, seorang wanita maut dan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas mereka dihanyutkan ke laut di San Remo, berhampiran Melbourne.
Dua lelaki lain turut lemas dalam kejadian berasingan di Mosman dan Eden pada hari yang sama, menurut polis NSW.
Kedua-duanya dipercayai dihanyutkan ombak semasa berada di atas batu.
Biro Meteorologi Australia sebelum ini mengeluarkan amaran kepada orang awam agar lebih berhati-hati menjelang hujung minggu Easter susulan ombak besar di sepanjang pantai NSW serta pulau-pulau berhampiran.
Perdana Menteri Victoria, Jacinta Allan, menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai 'permulaan yang mengerikan' pada hujung minggu perayaan Easter.
Negeri-negeri di timur Australia dilanda ombak besar dan berbahaya, mendorong amaran larangan mengunjungi pantai dikeluarkan pihak berkuasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Surf Life Saving Australia, Adam Weir, mendesak pihak berwajib untuk menempatkan anggota bagi memantau kawasan pantai, dengan memetik data sebelum ini merekodkan 630 orang lemas sepanjang dekad yang lalu.
"Lokasi pantai yang tidak 'ditandakan' ini boleh mengundang bahaya.
"Itulah sebabnya kami memberikan nasihat yang mudah iaitu berhenti, lihat, terus hidup," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.